Halaman

Ahad, 3 Disember 2017

PROGRAM / PROJEK BANTUAN KERAJAAN TANPA MELALUI JKKK

Assalamualaikum dan selamat petang rakan2 seperjuangan.. mungkin ini sesuatu yang perlu diambil perhatian oleh seluruh kepimpinan UMNO Tuaran yang saya hormati dan kasihi sekalian.. sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku di era moden ini dengan pelbagai cara komunikasi disediakan.. 

1. JKKK disuruh buat Buku Profil Kampung yang didalamnya dinyatakan senarai penama2 penduduk dalam kawasan yang perlu diambil perhatian sebagai penduduk yang sgt memerlukan bantuan2 dan kemudahan2 daripada kerajaan.

2. Terdapat kes bantuan2 yang diluluskan kepada individu2 tertentu tanpa pengetahuan JKKK malah tanpa ada apa perbincangan pun antara pihak yang meluluskan bantuan dengan JKKK sebelum ianya diluluskan sehinggalah ianya siap sepenuhnya. 

3. Kesannya, penama penduduk yang disenaraikan di dalam Buki Profil Kampung (yang kononnya menjadi asas untuk dirujuk pihak kerajaan dalam memastikan bantuan dan kemudahan sampai kepada golongan sepatutnya) seakan2 disingkirkan dan dinafikan hak mereka dan diberikan kepada penama yang tidak sepatutnya pun didahulukan menerima bantuan. 

4. Kes yang biasa di akar umbi ialah bantuan baikpulih rumah atau yang sama waktu dengannya tidak kira sama ada khusus untuk rumah yang usang atau rumah yang rosak kesan bencana alam banjir atau sebagainya. Betulkan kalau saya silap. Bantuan sebegini adalah untuk baikpulih rumah penduduk yang diduduki agar rumah tersebut menjadi lebih selesa untuk didiami. Tetapi yang berlaku ialah bantuan2 seperti ini disalahguna untuk membantu mereka yang membina rumah baru dan disiapkan menggunakan dana yang sepatutnya diberikan kepada individu yang lebih layak. 

5. Terdapat beberapa kemungkinan perkara ini boleh berlaku :

- Menggunakan tandatangan JKKK kawasan lain untuk tujuan pengesahan penduduk di kawasan yang bukan dalam kawasannya. 

- Kegagalan pihak2 berkuasa yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk memantau dan berkomunikasi baik dengan JKKK yang sepatutnya.

6. Apalah gunanya melantik JKKK di akar umbi kalau suara mereka diketepikan dalam soal2 memilih penerima bantuan dalam kawasan mereka..? apalah ertinya JKKK diarahkan membuat Buku Profil Kampung sendiri yang kononnya menjadi rujukan kerajaan menyampaikan bantuan dan kemudahan kepada rakyat..?..jika ada masa2 tertentu JKKK diketepikan tanpa dirujuk apa pun untuk memutuskan siapa yang layak menerima bantuan kerajaan di dalam kawasan sendiri?

7. Saya cadangkan untuk masa2 akan datang agar semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sekali pun dalam soal2 bantuan kepada masyarakat ini.. mohon pastikan yang penerima dicadangkan itu benar2 layak di antara yang layak.. jangan sampai kita umpama nafikan hak orang lain hanya kerana mereka terus sedia sabar menunggu giliran bantuan kononnya.. tetapi dalam masa yang sama kita mengkhianati kesetiaan mereka dengan memberikan hak mereka kepada orang lain.

8. Perkara ini disuarakan kerana ianya benar2 berlaku dan berharap diambil perhatian oleh kepimpinan.

Selamat berhimpun untuk semua yang berhimpun di perhimpunan agung UMNO. Semoga kembali dengan semangat perjuangan yang lebih unggul untuk berhadapan dgn PRU14.
InshaaAllah.. 

Terima kasih.

Isnin, 19 Januari 2015

Manusia-Manusia Toksik Dalam Masyarakat

Kegagalan kepimpinan mengekang gerak-gerak sumbang manusia toksik dalam masyarakat di peringkat akar umbi adalah antara faktor penyumbang kegagalan perlaksanaan dasar-dasar kerajaan di akar umbi. Manusia-manusia toksik inilah yang kalau tidak dibendung dari awal bukan saja merosakkan persepsi masyarakat kepada kepimpinan kerajaan malah turut mampu menghalang masyarakat daripada mendapat manfaat yang sepatutnya daripada kerajaan memerintah.

Manusia-manusia toksik ini dari semasa ke semasa akan sentiasa cuba mendekati dan meyakinkan kepimpinan sehingga kepimpinan benar-benar percaya dengan dakyah dan maklumat tidak tepat daripada mereka sehingga mampu mempengaruhi keputusan-keputusan penting kepimpinan yang seharusnya tepat bagi menentukan masa depan masyarakat keseluruhannya.

Begitulah keadaan yang berlaku dengan cadangan pembinaan bangunan masjid di Kg. Saman yang dibantah oleh Badan Surau Kg. Jembulang dengan mengemukakan maklumat-maklumat palsu kepada pihak YB, semata-mata untuk menidakkan cadangan tersebut. Tahun 2014 yang begitu banyak cerita berkenaan gerak laku terdesak manusia-manusia toksik dalam cuba menidakkan usaha dan kesungguhan ahli-ahli jawatankuasa organisasi kampung yang masih terus bertahan mengemudi amanah masyarakat.

Menghapuskan sepenuhnya manusia-manusia toksik ini bermakna kita perlu menghapuskan keselesaan mereka. Manusia-manusia toksik ini mengambil kesempatan ke atas keadaan masyarakat yang berpecah belah dan mereka selesa bergerak dalam keadaan tersebut untuk menanam rasa dan persepsi negatif dalam diri masyarakat, yang akhirnya akan mencetuskan rasa-rasa memberontak yang terlahir daripada rasa dan persepsi yang ditanam dalam diri masyarakat oleh manusia-manusia toksik itu tadi.

Alhamdulillah... Bukan mudah untuk mengekang manusia-manusia toksik ini, juga bukan mudah untuk manusia-manusia toksik ini cuba meracun pemikiran masyarakat di Kg. Saman. Cubaan mengumpul tandatangan menggunakan nama UMNO Cawangan yang dibawa oleh manusia-manusia toksik ini kepada penduduk, nyata tidak semudah itu dapat mempengaruhi penduduk bagi menghalang berdirinya sebuah bangunan kemudahan di Kg. Saman. Allah Maha Besar.. PerancanganNya lah yang lebih besar daripada perancangan manusia. Syabas untuk semua yang masih berdiri dan yakin lah, kebenaran akan tetap berdiri... dan yang bathil akan tetap hancur...

2015, pasti lebih banyak ranjau yang perlu direntasi, yang kalau tidak diperhalusi kaedah mengatasi dengan sebaiknya akan merosakkan usaha dan harapan masyarakat keseluruhan. Gelanggang ini kecil saja, tetapi cukup memberi cabaran yang membuatkan kita berfikir yang mana satu lebih penting dan menjadi keutamaan, menjaga perpaduan dengan membiarkan tindakan-tindakan sumbang manusia toksik berleluasa atau memerangi mereka yang sudah ternyata kerakusannya dalam menjahanamkan keharmonian dalam masyarakat keseluruhannya.

Berusahalah terus tanpa mengeluh... Yakinlah, kerja-kerja yang benar sentiasa dipimpin Allah SWT... Bait bicara tersohor berbunyi "Asas kepada perjuangan ialah JANGAN LARI"... berjuanglah terus memerangi manusia-manusia toksik dalam masyarakat...

Rabu, 12 Mac 2014

JAWAPAN DAKWAAN KONONNYA KG. SAMAN MENGANGGU PERMOHONAN BADAN SURAU KG. JEMBULANG

Bismillahirahmanirahim..

1. Pelbagai spekulasi yang wujud berkenaan kehilangan pesawat MAS BOEING 777-200 : MH370 , menjadikan diri kita yang masih mahu berfikir, berfikir betapa pentingnya untuk bersatu-padu dalam usaha-usaha yang baik untuk bukan saja sebenarnya membangunkan masyarakat malah turut melindungi masyarakat daripada ancaman luar yang memang tidak akan senang hati dengan keharmonian kita di Malaysia. Keharmonian kita di Malaysia umpama satu malapetaka bagi mereka. Di kesempatan ini, marilah kita sama-sama mendoakan semoga yang terbaik untuk kita semua.. dan semoga kerja-kerja mencari dan menyelamat akan dapat membuahkan hasil secepat yang mungkin. InshaaAllah..

2. Untuk penulisan kali ini, saya berfikir panjang untuk bagaimana memulakan penulisan supaya setiap yang membaca dapat memahami bagaimana kita di Kg. Saman sebulat suara, begitu berusaha untuk mendapatkan sebuah surau dan kemudahan-kemudahan lain yang berpotensi. Sehinggalah Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Hj. Hajiji Bin Hj. Noor mencadangkan kepada kita untuk dibina sebuah masjid utama untuk kemudahan tiga (3) buah kampung yang bersebelahan, iaitu Kg. Saman, Kg. Jembulang dan Kg. Kupang, walaupun pada awalnya kita hanya memohon sebuah surau dan menyokong naik taraf Surau Kg. Jembulang sebagai sebuah masjid, kerana seperti yang dijelaskan oleh Yang Berhormat, kita menyedari jarak antara Kg. Saman dan Kg. Jembulang tidak memungkinkan untuk wujud dua (2) buah surau yang berhampiran. Atas sebab itulah, kita di Kg. Saman sebelum ini menyokong untuk surau tersebut dinaiktaraf sebagai sebuah masjid untuk membolehkan kita membina surau di Kg. Saman.

3. Meskipun di atas kertas dan melalui ucapan lisan Surau Kg. Jembulang itu adalah tempat utama untuk penduduk Kg. Saman, Kg. Jembulang dan Kg. Pensurun berjemaah, hakikatnya tidaklah semudah itu, kerana selama ini kepimpinan Kg. Pensurun dan Kg. Saman sebenarnya tidak dilibatkan secara langsung ke dalam pengurusan badan surau Kg. Jembulang yang dilabel sebagai kemudahan ibadat yang dikongsi di mata luar tetapi hakiaktnya segala keputusan bagi tujuan pelaksanaan dan tindakan tidak menggunapakai pandangan kepimpinan kampung lain, dengan kata lain, mengunapakai nama penduduk kampung bersebelahan tetapi membelakangkan peranan kepimpinan kampung tersebut. Hasilnya selepas beberapa tahun, hanya bangunan surau yang bertambah besar dengan peruntukan-peruntukan pembesaran bangunan daripada kerajaan tetapi bilangan jemaah tetap begitu juga yang saya pasti antara faktor mengapa pihak JHEAINS tidak meluluskan permohonan-permohonan mereka sebelum ini.

4. Permohonan sebuah surau di Kg. Saman sudah pun dibuat oleh pihak JKKK Kg. Saman melalui JHEAINS Tuaran pada tahun 2007 dan dalam tempoh beberapa tahun selepas itu pihak JKKK sudah beberapa kali merujuk semula permohonan sehinggalah permohonan ini dirujuk kepada JHEAINS Negeri di Kota Kinabalu, dan kemuncak kepada permohonan ini ialah respon daripada Yang Berhormat Datuk Seri Panglima yang mencadangkan pembinaan sebuah masjid berdasarkan kedudukan dan tanah lapang yang tersedia di Kg. Saman adalah sangat sesuai untuk dipilih sebagai lokasi utama. Justeru, melalui saya sendiri sebagai setiausaha, Yang Berhormat mengarahkan satu mesyuarat khas diadakan oleh JKKK Kg. Saman antara tiga (3) kepimpinan utama kampung-kampung yang dimaksudkan sebelum ini bagi memaklumkan cadangan Yang Berhormat tersebut. Alhamdulillah.. Pada 31 Januari 2014 , Hari Jumaat , Jam 9.00 pagi , Mesyuarat khas diadakan di rumah pengerusi JKKK Kg. Saman dan boleh dirumuskan melalui mesyuarat itu bahawa cadangan tersebut dipersetujui sebulat suara oleh semua pemimpin ketiga-tiga buah kampung. Hanya Badan Surau Kg. Jembulang sahaja yang tidak bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat, sebaliknya mempersoalkan mengapa permohonan naik taraf surau mereka menjadi masjid tidak diluluskan oleh pihak JHEAINS yang sudah pun saya nyatakan jawapannya dalam bahagian yang sebelum ini.

5. Pada 09 Februari 2014, Hari Ahad , Jam 9.30 pagi, Pengerusi JKKK Kg. Saman mengetuai rombongan seramai lebih kurang tiga puluh (30) orang, berkunjung ke rumah Yang Berhormat di Kg. Serusup, Tuaran bertujuan untuk memaklumkan laporan mesyuarat khas yang diadakan seperti yang diarahkan oleh Yang Berhormat sendiri. Walaupun pada masa itu, lima (5) orang wakil daripada Jawatankuasa Badan Surau Kg. Jembulang secara tiba-tiba sampai dan menyertai rombongan di hadapan Yang Berhormat dan menghulurkan dua (2) keping kertas kepada Yang Berhormat, yang disangkakan minit mesyuarat Badan Surau Kg. Jembulang bersama penduduk  Kg. Jembulang oleh rombongan. Selepas kertas itu dihulurkan kepada Yang Berhormat dengan makluman-makluman lisan daripada Pengerusi Badan Surau Kg. Jembulang pada ketika itu yang mencadangkan projek pembesaran bangunan surau di Kg. Jembulang dan projek membina bangunan sekolah agama di Kg. Saman, dan dengan saranan Yang Berhormat, Pengerusi JKKK Kg. Saman bersetuju dengan serta merta dengan cadangan tersebut. 

6. Dalam perkara seperti ini , apa yang saya persoalkan ialah bagaimana boleh Jawatankuasa Badan Surau Kg. Jembulang menjadi lebih dominan daripada Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg. Jembulang dan Ketua Kampung Kg. Jembulang dalam menentukan keputusan-keputusan yang mewakili penduduk di Kg. Jembulang, ,sedangkan sepatutnya badan surau yang tidak berdaftar, di mana-mana kampung pun seharusnya berada di bawah pengurusan JKKK dn Ketua Kampung. Sebab itu saya mengatakan tindakan seperti itu adalah tidak sepatutnya berlaku atau dalam erti kata lain tindakan yang "palui". Walaupun mereka ada memohon menaiktaraf surau menjadi masjid sebelum ini, bagi yang faham dan mahu faham, sebenarnya ianya tiada kena mengena dengan permohonan sebuah bangunan surau di Kg. Saman. Malah mungkin akan mempercepatkan proses naiktaraf tersebut kerana bila wujud surau di Kg. Saman, maka tidak boleh tidak, sebuah masjid perlu ada di Kg. Jembulang. Tetapi itu tidak berlaku, Yang Berhormat dn pihak JHEAINS pasti lebih arif dengan perkara ini sehingga Yang Berhormat mencadangkan sebuah masjid di Kg. Saman tetapi tidak di Kg. Jembulang.

7. Saya menulis berkenaan perkara ini semula memandangkan ada beberapa pihak yang tidak faham dan tidak mahu faham tetapi cuba menyebarkan spekulasi yang meletakkan JKKK Kg. Saman di tempat yang salah, yang kononnya kita menganggu pengurusan Jawatankuasa Badan Surau Kg. Jembulang dalam usaha mereka untuk meniktaraf surau tersebut menjadi masjid, sedangkan usaha mereka itu tanpa pihak JHEAINS datang pun, kita sedar ianya tidak bertepatan dengan tujuan menyebabkan matlamat asal untuk mendapat taraf sebagai sebuah masjid hanya tinggal angan-angan. Justeru saya menyeru kepada mereka-mereka yang kurang faham atau tidak faham langsung berkenaan perkara ini, janganlah menghukum kita di Kg. Saman seolah-olah kita yang menganggu pengurusan kampung orang lain, sedangkan selama ini kita hanya memohon sesuatu bagi pihak kita lengkap dengan rasional-rasional yang tercetus hasil beberapa siri mesyuarat bersama penduduk, dan bukan dibuat-buat. Semoga yang terbaik untuk semua. Kita sekarang ini menunggu tindakan selanjutnya daripada pihak Yang Berhormat sendiri, sebagai tanda kita menghormati Yang Berhormat dan inshaaAllah.. di lain masa kita akan rujuk semula permohonan surau kita untuk ke sekian kalinya (entah sudah berapa kali) kepada pihak JHEAINS..

*Nota - Pada 12hb. Februari 2014, laporan polis dibuat kerana kita mengesyaki maklumat palsu yang diberikan kepada Yang Berhormat dan bukannya untuk membantah keputusan Yang Berhormat. Sebagai mata dan telinga kerajaan di peringkat akar umbi, kita mengambil serius perkara ini kerana ianya mempengaruhi keputusan-keputusan YB sebagai Menteri yang akan memberi kesan kepada masyarakat.

Khamis, 20 Februari 2014

JAWAPAN DAKWAAN "SEKELUMIT" INDIVIDU YANG MENGATAKAN JKKK MEMBELAKANGKAN KEPERLUAN REKREASI MASYARAKAT.

1. Keputusan untuk mengunapakai kawasan padang Kg. Saman sebagai tapak untuk pelbagai bangunan kemudahan di masa depan dalam Pelan Tindakan Pembangunan Kampung (PTPK) Kg. Saman 2011-2013, sudah pun dipersetujui oleh dua (2) orang pemegang amanah, Ketua Kampung (surat bertarikh 09 Februari 2012) dan Ketua Daerah (surat bertarikh 7 Mac 2012) serta Pegawai Daerah selaku Penolong Pemungut Hasil Tanah Tuaran (surat bertarikh 14 Mac 2012).

2. Di dalam PTPK 2011-2013 yang dibentuk oleh Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK) pada akhir tahun 2010 yang lalu, pelbagai pertimbangan dibuat untuk memastikan perkembangan pembangunan jasmani dan rohaniah masyarakat dapat diseimbangkan sebaiknya. Dengan mengenalpasti masalah-masalah semasa dan potensi-potensi utama Kg. Saman, semua faktor ini digarap membentuk satu dokumen hala tuju pembangunan kampung bagi memastikan Kg. Saman akan terus relevan sebagai sebuah kampung di masa akan datang.

3. Justeru, apabila segala usaha ini sudah mencapai kemuncaknya pada tahun 2014 dengan pertamanya respon YB untuk mewujudkan masjid di Kg. Saman, kita menyambut baik cadangan ini, walaupun dalam PTPK 2011 - 2013 kita hanya mensasarkan sebuah bangunan surau sahaja, yg mana bukan hanya digunakan sebagai tempat solat semata-mata malah akan dioptimumkan penggunaannya memandangkan , sehingga kini Kg. Saman tidak memiliki apa2 bangunan kemudahan yang boleh digunakan untuk sebarang aktiviti masyarakat. Seiring dengan usaha menjana mengembleng perkembangan rohaniah tersebut, kita meneruskan agenda memperkasa kampung sebagai pusat segala aktiviti sukan dan rekreasi di Mukim Berungis, dengan sokongan beberapa badan penting seperti Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang pasti akan terus merancakkan penganjuran aktiviti dan program masyarakat di Kg. Saman khususnya.

4. Bagi memastikan Kg. Saman terus menjadi peneraju segala aktiviti dan program rekreasi di Mukim Berungis atau mungkin di daerah Tuaran khasnya, jenis-jenis aktiviti rekreasi yang berpotensi di masa-masa akan datang serta yang bertepatan dengan keperluan sukan kanak-kanak sekolah rendah di Sk. Berungis, adalah menjadi keutamaan. Justeru, beberapa jenis sukan seperti Bola Tampar, Sepak Takraw, Bola Baling, Bola Jaring dan Futsal menjadi pilihan. Maka dengan setiap apa yang kita rancang selama ini, kita sebenarnya bukanlah melenyapkan kelebihan yang kita ada selama ini secara percuma, tetapi sebenarnya kita di pihak JKKK menggunakan kelebihan yang dimiliki oleh kampung untuk membentuk peluang dan kesempatan yang lebih besar untuk seluruh masyarakat umumnya mendapat kemudahan dalam satu pusat segala aktiviti dan program di Kg. Saman.

5. Nyata dalam PTPK 2011-2013 tidak timbul soal kita melupakan keperluan rekreasi masyarakat, malah kita sebenarnya merancakkan aktiviti rekreasi masyarakat dengan bermacam jenis sukan yang dikenalpasti. Alhamdulillah setakat ini, kita menerima respon yang memberangsangkan daripada pelbagai pihak dan mudah-mudahan apa yang dirancang selama ini menjadi kenyataan. InshaaAllah...

P/s - Bila kita yang memimpin dan perlu membuat keputusan bagi pihak yang kita pimpin, buatlah keputusan seolah-olah kita jugalah pihak yang dipimpin, kerana seharusnya impak daripada keputusan kita harus sama rata, bukan hanya terkesan kepada mereka yang kita pimpin malah turut juga tercalit pada diri kita sebagai pemimpin.. Dan jika sudah nyata akan kebenaran sesuatu perkara seharusnya keputusan perlu terus dibuat tanpa perlu lagi meninjau faktor-faktor lain yang belum tentu sahihnya.. Kerana boleh jadi kita terperangkap dan bersubahat menidakkan kebenaran nyata tanpa kita sedar.. Semoga yang terbaik untuk kita... Dan yang SATU menjadi keagungan.. amin.. 

Sabtu, 28 September 2013

Isu Mengaibkan JHEAINS Tuaran

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

........"Saya cadangkan supaya JHEAINS Tuaran mengadakan mesyuarat pengurusan dengan segera sebelum bangsa dan agama Islam jahanam di Tuaran...Renung-renungkan dan selamat beramal"......

Di atas merupakan kenyataan saya dalam Bilik Perang - Tuaran yang saya terbitkan pada 17 September 2013 sekitar jam 10.00 pagi, yang mencetuskan rasa tidak puas hati pihak JHEAINS Tuaran, sehingga ingin membuat laporan polis dengan tuduhan mengaibkan dan menghina jabatan. Sehubungan itu, saya diminta hadir ke pejabat JHEAINS Tuaran oleh Puan Siti Haryati. Saya sampai ke pejabat JHEAINS sekitar jam 9.00 pagi, dan bertemu empat mata dengan beliau. Saya terus saja mengaku bahawa kenyataan tersebut tidak sepatutnya saya terbitkan kepada umum seperti dalam Bilik Perang - Tuaran, dan memohon maaf kepada pihak JHEAINS Tuaran melalui beliau. Dan seterusnya saya terbitkan kenyataan maaf tersebut serta merta dalam Bilik Perang - Tuaran sepertimana yang dikehendaki oleh beliau seperti berikut :

........."Assalamualaikum waramatullahi wabarakatuh... Tahniah dan syabas kepada JHEAINS Tuaran atas kesungguhan mengurus hal ehwal agama Islam di Tuaran khususnya.. Baru sebentar tadi saya bertemu dengan Kak Siti Hairyani , Pegawai JHEAINS Tuaran berkenaan statement saya semalam yang memang saya mengaku statement yang mengaibkan JHEAINS Tuaran keseluruhannya. Alhamdulillah.. hikmah daripada statement yang mengaibkan itu, secara tidak langsung membuka kesempatan untuk saya khususnya mewakili warga Kg. Saman terus berhubung baik dengan pihak JHEAINS Tuaran selepas ini.. Alhamdulillah.. dengan ikhlas saya mohon maaf secara terbuka kepada seluruh warga JHEAINS Tuaran dan mengaku ianya adalah kesilapan saya sendiri selaku admin Bilik Perang - Tuaran. Terima kasih."..............

Alhamdulillah... 

Mungkin masih ada yang tidak jelas kenapa saya mengeluarkan kenyataan yang mengaibkan JHEAINS Tuaran seperti itu. Sebenarnya, ianya adalah berkenaan permohonan surau di Kampung Saman, Tuaran yang telah dipohon sejak tahun 2007 yang sekian lama tidak diambil peduli, sehinggalah kita di pihak JKKK mendapat nasihat daripada salah seorang pegawai JHEAINS untuk mengemukakan permohonan tersebut secara terus  kepada pihak JHEAINS Negeri, dan alhamdulillah pihak JHEAINS Negeri memberikan respon yang sangat baik, dan kita tidak ada masalah untuk berhubung baik dengan mana pihak JHEAINS sama ada di peringkat negeri atau daerah, berkenaan permohonan surau tersebut. 

Apabila permohonan yang lengkap dengan salinan kertas kerja (seperti yang dihantar kepada JHEAINS Tuaran pada 2007) dihantar kepada pihak JHEAINS Negeri, permohonan tersebut dirujuk semula ke JHEAINS Tuaran, dan seterusnya pihak JHEAINS Tuaran meminta semula salinan permohonan daripada pihak JKKK melalui pengerusi. Perkara ini lah yang menjadi punca saya selaku setiausaha JKKK, menerbitkan kenyataan yang mengaibkan seperti di atas, untuk meluahkan perasaan tidak puas hati dengan pengurusan pihak JHEAINS Tuaran, yang mengabaikan permohonan sebelum ini tanpa sebarang respon. Saya cuma memprotes, bagaimana boleh satu jabatan yang menguruskan hal ehwal Islam di daerah Tuaran boleh tercicir dokumen-dokumen penting seperti permohonan tersebut yang lengkap dengan kertas kerja dan surat-surat kebenaran penggunaan tanah kampung.

Alhamdulillah sehingga ke hari ini selepas beberapa tahun kita mendapat perhatian daripada pihak JHEAINS berkenaan permohonan penubuhan surau tersebut dan inshaaAllah, dengan niat yang baik dan semata-mata untuk kepentingan masyarakat kampung dan sekitar, semoga segalanya akan dipermudahkan oleh Allah SWT. Alhamdulillah... 

Jumaat, 7 Jun 2013

Post Mortem PRU13 (Bahagian 1)

Alhamdulillah berkat semangat yang tidak pernah mengaku kalah, Barisan Nasional sekali lagi diberi mandat oleh rakyat untuk menjadi kerajaan. Alhamdulillah.. Perit jenuh barisan kepimpinan di setiap peringkat akhirnya membuahkan hasil dengan kejayaan mempertahankan kuasa. Syabas untuk semua jentera BN di setiap peringkat. Dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam mana-mana pertandingan kerana berjaya mengekalkan perpaduan yang kita ada selama ini.

Pelbagai cabaran dihadapi dan ditangani sebaiknya oleh UMNO Bahagian Tuaran, yang menjadi tunjang kekuatan BN di Parlimen Tuaran khususnya, sebelum gendang pertandingan PRU13 dipalu. Dalam suasana berkempen, satu-satunya matlamat dalam diri setiap jentera dan penyokong ialah untuk menang PRU13. Matlamat sudah dicapai, kini masa untuk kerajaan mengotakan janji. Masa untuk pemimpin yang dipilih untuk memberi khidmat. Dengan kesedaran banyak perkara yang perlu diubah dan masih mampu diubah, BN perlu menggunakan kesempatan lima (5) tahun yang diberikan oleh rakyat ini untuk membuktikan BN dan UMNO masih relevan untuk menjadi kerajaan, dan untuk menjadi sentiasa relevan, BN atau UMNO khususnya di peringkat bahagian dan cawangan perlu sedia untuk diubah, samaada oleh rakyat ataupun ahli sendiri.

Selepas peralihan kuasa pada tahun 2008, transformasi UMNO di peringkat pusat digerakkan dengan pelbagai “perkara baru” diperkenalkan dan lebih banyak “perkara lapuk” diperbaharui oleh kepimpinan tertinggi dalam usaha untuk merelevankan UMNO dan Barisan Nasional sebagai kerajaan. Ibarat satu kapal besar yang terlajak, bukan mudah untuk ianya memperbetulkan semula haluan, begitulah UMNO. Masa berlalu dengan pantas, keberanian UMNO di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib menerapkan budaya baru dalam UMNO dan BN sebagai usaha menjaga perpaduan rakyat, sudah boleh diterima oleh rakyat khususnya orang Melayu.

Alhamdulillah.. Di peringkat PDM Berungis , walaupun ada cawangan UMNO yang enggan memberi kerjasama sepenuhnya kepada kepimpinan DM, namun tidaklah sampai menghalang ahli untuk mengundi BN atau berkempen untuk lawan dalam PRU13. Ini menunjukkan bahawa kepimpinan di peringkat cawangan bersikap lebih matang dan tahu hala tuju dan matlamat parti.

Salah satu sebab kenapa kepimpinan cawangan enggan memberi kerjasama kepada DM ialah kerana tidak bersetuju dengan perlantikan Ketua DM. Ketua DM yang punya sejarah hitam sendiri seolah-olah menjadi igauan ngeri kepada kepimpinan cawangan. Dengan kata lain, kegagalan DM pada PRU12, telah meletakkan “beban luar kawal” kepada kepimpinan cawangan untuk mengurus ahli dalam cawangannya yang tidak percaya dengan kepimpinan DM. Dan atas sebab itu, sebagai langkah paling selamat dan mengelakkan kebencian ahli kepada jentera parti sendiri, kepimpinan cawangan berpendapat adalah lebih baik untuk mengurus sendiri ahlinya dan cuma perlu memastikan mereka mengundi BN dalam PRU13.

Faktor lain, yang berlaku antara kepimpinan pemuda cawangan Kg. Saman dengan DM Berungis adalah seperti yang didedahkan secara panjang lebar di dalam entri-entri sebelum ini. Alhamdulillah, walaupun pertelagahan pendapat berlaku antara kepimpinan pemuda cawangan dan DM , dan antara Ketua Cawangan dan DM, tetapi usaha untuk memastikan undi ahli cawangan tetap untuk BN adalah menjadi keutamaan. Tidak timbul cerita untuk mensabotaj parti. Hanya yang ada ialah toleransi diberikan oleh kepimpinan cawangan yang mungkin kalau tidak berlaku, perpecahan lebih besar akan berlaku di peringkat DM.

Kemenangan besar BN di N10 Sulaman tidak boleh dijadikan sebab untuk kita mendabik dada, sebaliknya kegagalan mempertahankan kerusi DUN N9. Tamparuli dan kemenangan tipis kerusi Dun N11 Kiulu memberi isyarat kepada BN khususnya UMNO betapa ada sesuatu yang tidak seimbang di dalam kawasan Parlimen di Tuaran sehingga berlaku peralihan undi pemilih sedemikian. Antara faktor yang menyumbang kepada statistik keputusan seperti ini ialah kegagalan jentera-jentera parti komponen BN yang mewakili ahli-ahli BN di Tamparuli dan kiulu untuk bergerak sama hebat dengan jentera UMNO di Sulaman.

Pertambahan 100 % majoriti diperolehi BN di Sulaman adalah dibantu oleh pertelingkahan sesama sendiri pemimpin-pemimpin PR di Tuaran, dan kebanyakannya bersetuju, jika sekiranya calon lain seperti yang diharapkan penyokong pembangkang sebelum ini diletakkan di Sulaman, segalanya pasti tidak mudah untuk BN di kawasan parlimen Tuaran. Secara rambang dengan pertambahan jumlah pemilih yang keluar mengundi lebih 10,000 orang di Tuaran, BN hanya mampu menarik sekitar 3,000 undi dan 7,000 pertambahan undi untuk pembangkang berbanding PRU12, dan menyebabkan majoriti BN bagi kerusi parlimen Tuaran berkurang sehingga melebihi 1,500 undi.

Kesungguhan dan keunggulan BN dan UMNO di peringkat pusat yang direncana sejak 2008 merupakan segala-galanya dalam PRU13. Pelbagai inisiatif dan idea baru daripada kerajaan pusat dilihat sedikit sebanyak menarik semula sokongan yang pernah hilang dalam PRU12 yang lalu. Sebaliknya ketandusan idea dan inisiatif jentera di peringkat bahagian dan daerah mengundi hanya meninggalkan seribu pertanyaan dalam kepala ahli dan penyokong UMNO sendiri. 

Rabu, 8 Mei 2013

Mandat PRU13 - Kesempatan Untuk Mengubah Struktur Dalaman Parti

Alhamdulillah.. Tahniah kepada jentera BN di seluruh Malaysia. Sekali lagi rakyat Malaysia memberi mandat kepada BN untuk menjadi kerajaan. Walau apa pun tuduhan dan tohmahan yang ditujukan kepada BN dan SPR selepas PRU13, yang pasti BN masih tetap menjadi kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat secara sah melalui PRU13. 

Secara keseluruhan, biarpun PR dilihat bukan sebagai pemenang, yang pasti DAP tetap mampu tersenyum sebagai pemenang dengan pertambahan 10 kerusi lagi di parlimen Malaysia menjadikan mereka parti paling berkuasa di pihak pembangkang dalam Parlimen Malaysia untuk penggal seterusnya. Liciknya permainan kaum "ca ya nun alif" ini dalam mempergunakan isu-isu yang telah memecahbelahkan Melayu dan Islam. Tanpa sedar puak-puak ini menjadikan Melayu PR dan PAS sebagai umpan untuk mendapat habuan. Tuhan memperlihatkannya kepada kita pada PRU13. Mudah-mudahan selepas ini akan wujud rasa kesatuan yang tinggi antara kita.

Alhamdulillah sekali lagi. Dengan majoriti lebih 10 ribu mengatasi calon PKR di Tuaran, saya mengharapkan "kabinet Tuaran" selepas ini akan menjadi lebih baik daripada penggal yang lalu. Satu kumpulan yang berdaya saing dan punya asimilasi rasa yang tinggi bersama rakyat Tuaran perlu diwujudkan. Kumpulan yang punya kemampuan untuk menyentuh dan menganalisa persepsi dan perasaan rakyat setiap masa tersangat penting untuk dibentuk selama 4-5 tahun akan datang. BN perlu dilihat sebagai faktor yang paling berpengaruh dalam mencorak masa depan Tuaran yang berlatarbelakangkan masyarakat luar bandar secara amnya. Maka sebab itu segala kelebihan yang berkaitan perlu diperinci sebaiknya dari mula dan bukan  dengan mengadakan sesuatu yang baru untuk diterima rakyat. Kita punya banyak potensi yang dihiraukan tanpa ada banyak tindakan yang dilakukan. Akibatnya, masyarakat kita bakal mengunjur ke arah yang bertentangan daripada yang sepatutnya.

Semoga ada sinar yang baik untuk bumi Tuaran khususnya selepas PRU13. Syabas dan tahniah pada semua yang sentiasa bersama BN walaupun kadang-kadang terdapat perilaku-perilaku melampau daripada orang-orang perantara BN yang buat anda tersinggung dan sebagainya, tapi percayalah, BN tetap terbaik untuk masa depan bangsa.

Bersamalah dengan BN untuk memberi BN lebih banyak pilihan "mesin peneraju" yang lebih baik. Terima kasih..