Halaman

Ahad, 3 Disember 2017

PROGRAM / PROJEK BANTUAN KERAJAAN TANPA MELALUI JKKK

Assalamualaikum dan selamat petang rakan2 seperjuangan.. mungkin ini sesuatu yang perlu diambil perhatian oleh seluruh kepimpinan UMNO Tuaran yang saya hormati dan kasihi sekalian.. sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku di era moden ini dengan pelbagai cara komunikasi disediakan.. 

1. JKKK disuruh buat Buku Profil Kampung yang didalamnya dinyatakan senarai penama2 penduduk dalam kawasan yang perlu diambil perhatian sebagai penduduk yang sgt memerlukan bantuan2 dan kemudahan2 daripada kerajaan.

2. Terdapat kes bantuan2 yang diluluskan kepada individu2 tertentu tanpa pengetahuan JKKK malah tanpa ada apa perbincangan pun antara pihak yang meluluskan bantuan dengan JKKK sebelum ianya diluluskan sehinggalah ianya siap sepenuhnya. 

3. Kesannya, penama penduduk yang disenaraikan di dalam Buki Profil Kampung (yang kononnya menjadi asas untuk dirujuk pihak kerajaan dalam memastikan bantuan dan kemudahan sampai kepada golongan sepatutnya) seakan2 disingkirkan dan dinafikan hak mereka dan diberikan kepada penama yang tidak sepatutnya pun didahulukan menerima bantuan. 

4. Kes yang biasa di akar umbi ialah bantuan baikpulih rumah atau yang sama waktu dengannya tidak kira sama ada khusus untuk rumah yang usang atau rumah yang rosak kesan bencana alam banjir atau sebagainya. Betulkan kalau saya silap. Bantuan sebegini adalah untuk baikpulih rumah penduduk yang diduduki agar rumah tersebut menjadi lebih selesa untuk didiami. Tetapi yang berlaku ialah bantuan2 seperti ini disalahguna untuk membantu mereka yang membina rumah baru dan disiapkan menggunakan dana yang sepatutnya diberikan kepada individu yang lebih layak. 

5. Terdapat beberapa kemungkinan perkara ini boleh berlaku :

- Menggunakan tandatangan JKKK kawasan lain untuk tujuan pengesahan penduduk di kawasan yang bukan dalam kawasannya. 

- Kegagalan pihak2 berkuasa yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk memantau dan berkomunikasi baik dengan JKKK yang sepatutnya.

6. Apalah gunanya melantik JKKK di akar umbi kalau suara mereka diketepikan dalam soal2 memilih penerima bantuan dalam kawasan mereka..? apalah ertinya JKKK diarahkan membuat Buku Profil Kampung sendiri yang kononnya menjadi rujukan kerajaan menyampaikan bantuan dan kemudahan kepada rakyat..?..jika ada masa2 tertentu JKKK diketepikan tanpa dirujuk apa pun untuk memutuskan siapa yang layak menerima bantuan kerajaan di dalam kawasan sendiri?

7. Saya cadangkan untuk masa2 akan datang agar semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sekali pun dalam soal2 bantuan kepada masyarakat ini.. mohon pastikan yang penerima dicadangkan itu benar2 layak di antara yang layak.. jangan sampai kita umpama nafikan hak orang lain hanya kerana mereka terus sedia sabar menunggu giliran bantuan kononnya.. tetapi dalam masa yang sama kita mengkhianati kesetiaan mereka dengan memberikan hak mereka kepada orang lain.

8. Perkara ini disuarakan kerana ianya benar2 berlaku dan berharap diambil perhatian oleh kepimpinan.

Selamat berhimpun untuk semua yang berhimpun di perhimpunan agung UMNO. Semoga kembali dengan semangat perjuangan yang lebih unggul untuk berhadapan dgn PRU14.
InshaaAllah.. 

Terima kasih.

Tiada ulasan: