Halaman

Sabtu, 28 September 2013

Isu Mengaibkan JHEAINS Tuaran

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

........"Saya cadangkan supaya JHEAINS Tuaran mengadakan mesyuarat pengurusan dengan segera sebelum bangsa dan agama Islam jahanam di Tuaran...Renung-renungkan dan selamat beramal"......

Di atas merupakan kenyataan saya dalam Bilik Perang - Tuaran yang saya terbitkan pada 17 September 2013 sekitar jam 10.00 pagi, yang mencetuskan rasa tidak puas hati pihak JHEAINS Tuaran, sehingga ingin membuat laporan polis dengan tuduhan mengaibkan dan menghina jabatan. Sehubungan itu, saya diminta hadir ke pejabat JHEAINS Tuaran oleh Puan Siti Haryati. Saya sampai ke pejabat JHEAINS sekitar jam 9.00 pagi, dan bertemu empat mata dengan beliau. Saya terus saja mengaku bahawa kenyataan tersebut tidak sepatutnya saya terbitkan kepada umum seperti dalam Bilik Perang - Tuaran, dan memohon maaf kepada pihak JHEAINS Tuaran melalui beliau. Dan seterusnya saya terbitkan kenyataan maaf tersebut serta merta dalam Bilik Perang - Tuaran sepertimana yang dikehendaki oleh beliau seperti berikut :

........."Assalamualaikum waramatullahi wabarakatuh... Tahniah dan syabas kepada JHEAINS Tuaran atas kesungguhan mengurus hal ehwal agama Islam di Tuaran khususnya.. Baru sebentar tadi saya bertemu dengan Kak Siti Hairyani , Pegawai JHEAINS Tuaran berkenaan statement saya semalam yang memang saya mengaku statement yang mengaibkan JHEAINS Tuaran keseluruhannya. Alhamdulillah.. hikmah daripada statement yang mengaibkan itu, secara tidak langsung membuka kesempatan untuk saya khususnya mewakili warga Kg. Saman terus berhubung baik dengan pihak JHEAINS Tuaran selepas ini.. Alhamdulillah.. dengan ikhlas saya mohon maaf secara terbuka kepada seluruh warga JHEAINS Tuaran dan mengaku ianya adalah kesilapan saya sendiri selaku admin Bilik Perang - Tuaran. Terima kasih."..............

Alhamdulillah... 

Mungkin masih ada yang tidak jelas kenapa saya mengeluarkan kenyataan yang mengaibkan JHEAINS Tuaran seperti itu. Sebenarnya, ianya adalah berkenaan permohonan surau di Kampung Saman, Tuaran yang telah dipohon sejak tahun 2007 yang sekian lama tidak diambil peduli, sehinggalah kita di pihak JKKK mendapat nasihat daripada salah seorang pegawai JHEAINS untuk mengemukakan permohonan tersebut secara terus  kepada pihak JHEAINS Negeri, dan alhamdulillah pihak JHEAINS Negeri memberikan respon yang sangat baik, dan kita tidak ada masalah untuk berhubung baik dengan mana pihak JHEAINS sama ada di peringkat negeri atau daerah, berkenaan permohonan surau tersebut. 

Apabila permohonan yang lengkap dengan salinan kertas kerja (seperti yang dihantar kepada JHEAINS Tuaran pada 2007) dihantar kepada pihak JHEAINS Negeri, permohonan tersebut dirujuk semula ke JHEAINS Tuaran, dan seterusnya pihak JHEAINS Tuaran meminta semula salinan permohonan daripada pihak JKKK melalui pengerusi. Perkara ini lah yang menjadi punca saya selaku setiausaha JKKK, menerbitkan kenyataan yang mengaibkan seperti di atas, untuk meluahkan perasaan tidak puas hati dengan pengurusan pihak JHEAINS Tuaran, yang mengabaikan permohonan sebelum ini tanpa sebarang respon. Saya cuma memprotes, bagaimana boleh satu jabatan yang menguruskan hal ehwal Islam di daerah Tuaran boleh tercicir dokumen-dokumen penting seperti permohonan tersebut yang lengkap dengan kertas kerja dan surat-surat kebenaran penggunaan tanah kampung.

Alhamdulillah sehingga ke hari ini selepas beberapa tahun kita mendapat perhatian daripada pihak JHEAINS berkenaan permohonan penubuhan surau tersebut dan inshaaAllah, dengan niat yang baik dan semata-mata untuk kepentingan masyarakat kampung dan sekitar, semoga segalanya akan dipermudahkan oleh Allah SWT. Alhamdulillah... 

Jumaat, 7 Jun 2013

Post Mortem PRU13 (Bahagian 1)

Alhamdulillah berkat semangat yang tidak pernah mengaku kalah, Barisan Nasional sekali lagi diberi mandat oleh rakyat untuk menjadi kerajaan. Alhamdulillah.. Perit jenuh barisan kepimpinan di setiap peringkat akhirnya membuahkan hasil dengan kejayaan mempertahankan kuasa. Syabas untuk semua jentera BN di setiap peringkat. Dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam mana-mana pertandingan kerana berjaya mengekalkan perpaduan yang kita ada selama ini.

Pelbagai cabaran dihadapi dan ditangani sebaiknya oleh UMNO Bahagian Tuaran, yang menjadi tunjang kekuatan BN di Parlimen Tuaran khususnya, sebelum gendang pertandingan PRU13 dipalu. Dalam suasana berkempen, satu-satunya matlamat dalam diri setiap jentera dan penyokong ialah untuk menang PRU13. Matlamat sudah dicapai, kini masa untuk kerajaan mengotakan janji. Masa untuk pemimpin yang dipilih untuk memberi khidmat. Dengan kesedaran banyak perkara yang perlu diubah dan masih mampu diubah, BN perlu menggunakan kesempatan lima (5) tahun yang diberikan oleh rakyat ini untuk membuktikan BN dan UMNO masih relevan untuk menjadi kerajaan, dan untuk menjadi sentiasa relevan, BN atau UMNO khususnya di peringkat bahagian dan cawangan perlu sedia untuk diubah, samaada oleh rakyat ataupun ahli sendiri.

Selepas peralihan kuasa pada tahun 2008, transformasi UMNO di peringkat pusat digerakkan dengan pelbagai “perkara baru” diperkenalkan dan lebih banyak “perkara lapuk” diperbaharui oleh kepimpinan tertinggi dalam usaha untuk merelevankan UMNO dan Barisan Nasional sebagai kerajaan. Ibarat satu kapal besar yang terlajak, bukan mudah untuk ianya memperbetulkan semula haluan, begitulah UMNO. Masa berlalu dengan pantas, keberanian UMNO di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib menerapkan budaya baru dalam UMNO dan BN sebagai usaha menjaga perpaduan rakyat, sudah boleh diterima oleh rakyat khususnya orang Melayu.

Alhamdulillah.. Di peringkat PDM Berungis , walaupun ada cawangan UMNO yang enggan memberi kerjasama sepenuhnya kepada kepimpinan DM, namun tidaklah sampai menghalang ahli untuk mengundi BN atau berkempen untuk lawan dalam PRU13. Ini menunjukkan bahawa kepimpinan di peringkat cawangan bersikap lebih matang dan tahu hala tuju dan matlamat parti.

Salah satu sebab kenapa kepimpinan cawangan enggan memberi kerjasama kepada DM ialah kerana tidak bersetuju dengan perlantikan Ketua DM. Ketua DM yang punya sejarah hitam sendiri seolah-olah menjadi igauan ngeri kepada kepimpinan cawangan. Dengan kata lain, kegagalan DM pada PRU12, telah meletakkan “beban luar kawal” kepada kepimpinan cawangan untuk mengurus ahli dalam cawangannya yang tidak percaya dengan kepimpinan DM. Dan atas sebab itu, sebagai langkah paling selamat dan mengelakkan kebencian ahli kepada jentera parti sendiri, kepimpinan cawangan berpendapat adalah lebih baik untuk mengurus sendiri ahlinya dan cuma perlu memastikan mereka mengundi BN dalam PRU13.

Faktor lain, yang berlaku antara kepimpinan pemuda cawangan Kg. Saman dengan DM Berungis adalah seperti yang didedahkan secara panjang lebar di dalam entri-entri sebelum ini. Alhamdulillah, walaupun pertelagahan pendapat berlaku antara kepimpinan pemuda cawangan dan DM , dan antara Ketua Cawangan dan DM, tetapi usaha untuk memastikan undi ahli cawangan tetap untuk BN adalah menjadi keutamaan. Tidak timbul cerita untuk mensabotaj parti. Hanya yang ada ialah toleransi diberikan oleh kepimpinan cawangan yang mungkin kalau tidak berlaku, perpecahan lebih besar akan berlaku di peringkat DM.

Kemenangan besar BN di N10 Sulaman tidak boleh dijadikan sebab untuk kita mendabik dada, sebaliknya kegagalan mempertahankan kerusi DUN N9. Tamparuli dan kemenangan tipis kerusi Dun N11 Kiulu memberi isyarat kepada BN khususnya UMNO betapa ada sesuatu yang tidak seimbang di dalam kawasan Parlimen di Tuaran sehingga berlaku peralihan undi pemilih sedemikian. Antara faktor yang menyumbang kepada statistik keputusan seperti ini ialah kegagalan jentera-jentera parti komponen BN yang mewakili ahli-ahli BN di Tamparuli dan kiulu untuk bergerak sama hebat dengan jentera UMNO di Sulaman.

Pertambahan 100 % majoriti diperolehi BN di Sulaman adalah dibantu oleh pertelingkahan sesama sendiri pemimpin-pemimpin PR di Tuaran, dan kebanyakannya bersetuju, jika sekiranya calon lain seperti yang diharapkan penyokong pembangkang sebelum ini diletakkan di Sulaman, segalanya pasti tidak mudah untuk BN di kawasan parlimen Tuaran. Secara rambang dengan pertambahan jumlah pemilih yang keluar mengundi lebih 10,000 orang di Tuaran, BN hanya mampu menarik sekitar 3,000 undi dan 7,000 pertambahan undi untuk pembangkang berbanding PRU12, dan menyebabkan majoriti BN bagi kerusi parlimen Tuaran berkurang sehingga melebihi 1,500 undi.

Kesungguhan dan keunggulan BN dan UMNO di peringkat pusat yang direncana sejak 2008 merupakan segala-galanya dalam PRU13. Pelbagai inisiatif dan idea baru daripada kerajaan pusat dilihat sedikit sebanyak menarik semula sokongan yang pernah hilang dalam PRU12 yang lalu. Sebaliknya ketandusan idea dan inisiatif jentera di peringkat bahagian dan daerah mengundi hanya meninggalkan seribu pertanyaan dalam kepala ahli dan penyokong UMNO sendiri. 

Rabu, 8 Mei 2013

Mandat PRU13 - Kesempatan Untuk Mengubah Struktur Dalaman Parti

Alhamdulillah.. Tahniah kepada jentera BN di seluruh Malaysia. Sekali lagi rakyat Malaysia memberi mandat kepada BN untuk menjadi kerajaan. Walau apa pun tuduhan dan tohmahan yang ditujukan kepada BN dan SPR selepas PRU13, yang pasti BN masih tetap menjadi kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat secara sah melalui PRU13. 

Secara keseluruhan, biarpun PR dilihat bukan sebagai pemenang, yang pasti DAP tetap mampu tersenyum sebagai pemenang dengan pertambahan 10 kerusi lagi di parlimen Malaysia menjadikan mereka parti paling berkuasa di pihak pembangkang dalam Parlimen Malaysia untuk penggal seterusnya. Liciknya permainan kaum "ca ya nun alif" ini dalam mempergunakan isu-isu yang telah memecahbelahkan Melayu dan Islam. Tanpa sedar puak-puak ini menjadikan Melayu PR dan PAS sebagai umpan untuk mendapat habuan. Tuhan memperlihatkannya kepada kita pada PRU13. Mudah-mudahan selepas ini akan wujud rasa kesatuan yang tinggi antara kita.

Alhamdulillah sekali lagi. Dengan majoriti lebih 10 ribu mengatasi calon PKR di Tuaran, saya mengharapkan "kabinet Tuaran" selepas ini akan menjadi lebih baik daripada penggal yang lalu. Satu kumpulan yang berdaya saing dan punya asimilasi rasa yang tinggi bersama rakyat Tuaran perlu diwujudkan. Kumpulan yang punya kemampuan untuk menyentuh dan menganalisa persepsi dan perasaan rakyat setiap masa tersangat penting untuk dibentuk selama 4-5 tahun akan datang. BN perlu dilihat sebagai faktor yang paling berpengaruh dalam mencorak masa depan Tuaran yang berlatarbelakangkan masyarakat luar bandar secara amnya. Maka sebab itu segala kelebihan yang berkaitan perlu diperinci sebaiknya dari mula dan bukan  dengan mengadakan sesuatu yang baru untuk diterima rakyat. Kita punya banyak potensi yang dihiraukan tanpa ada banyak tindakan yang dilakukan. Akibatnya, masyarakat kita bakal mengunjur ke arah yang bertentangan daripada yang sepatutnya.

Semoga ada sinar yang baik untuk bumi Tuaran khususnya selepas PRU13. Syabas dan tahniah pada semua yang sentiasa bersama BN walaupun kadang-kadang terdapat perilaku-perilaku melampau daripada orang-orang perantara BN yang buat anda tersinggung dan sebagainya, tapi percayalah, BN tetap terbaik untuk masa depan bangsa.

Bersamalah dengan BN untuk memberi BN lebih banyak pilihan "mesin peneraju" yang lebih baik. Terima kasih.. 

Ahad, 5 Mei 2013

Pilih Yang Paling Kurang Mudarat

Assalamualaikum Waramatullahi Wabarakatuh..

Penat lelah selama empat (4) tahun untuk cuba menyakinkan rakyat bahawa Barisan Nasional akan tetap relevan untuk menjadi peneraju negara akan terjawab malam esok. Barisan Nasional yang menjadi "haru biru" dengan orang-orang kepercayaan sendiri yang sebelum ini gagal untuk menjalankan tanggungjawab sepatutnya, mula membuktikan kepada rakyat bahawa parti itu masih tetap yang terbaik untuk menjadi kerajaan.

Harapan semoga Barisan Nasional akan menjadi lebih baik daripada yang lepas-lepas, sekiranya diberi mandat dan kesempatan menjadi kerajaan. Yang teramat penting sebenarnya bukanlah perjuangan parti, tetapi keadaan generasi akan datang termasuk anak-anak kita yang kita mahu lebih terjamin dan terkawal daripada terhindar dengan pelbagai ancaman luar dan dalam. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan untuk menjamin masa depan yang lebih cerah untuk anak-anak kita. Bukan sekadar menentukan siapa yang layak jadi kerajaan tetapi yang paling perlu ialah bagaimana keadaan kita di masa akan datang. 

Bagi yang jelas dengan impak yang akan kita dapat ianya amat mengharukan. Bila kita bercakaran antara satu sama lain, sedangkan "mereka itu" mengambil kesempatan untuk bersatu menjatuhkan kita dalam diam. Jangan fikir tentang bangsa, cukup renungkan keadaan agama kita selepas ini kalau kita sendiri gagal mempertahankan apa yang kita percaya. Perlahan-lahan kita tenggelam dalam arus permodenan bangsa, sehingga kita lupa ada yang lebih penting, yang sepatutnya kita semat dalam hati setiap peringatan-peringatan Allah SWT dan Nabi. 

Kepada para pejuang kebenaran, semoga tidak akan mudah berputus asa dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hakikatnya jalan kebenaran memang akan penuh dengan pelbagai dugaan dan cabaran, apakah tidka cukup banyak lagi peringatan dan contoh yang kita ada sejak Islam mula bertapak di muka bumi. Bagi saya syarat untuk perjuangan ikhlas ialah berbuat sesuatu bukan untuk kebahagiaan diri sendiri.

Inshaa Allah.. satu undi dari saya untuk BN masing-masing di parlimen P170 Tuaran dan N10 Sulaman, kerana saya masih percaya BN masih parti yang boleh diharap untuk menjadi peneraju kerajaan dan paling kurang mudarat. Bagi yang masih di atas pagar dan tidak tahu untuk memilih parti mana untuk dipilih kerana mungkin bagi mereka, kedua-dua parti utama sama bengong, cuba renung kata-kata Ustaz Kazim, "kalau karpet baru itu semuanya Islam, saya pun akan turut serta..tapi kalau karpet baru itu lebih banyak bulu khinzir.. macamana nak buat?" ~ lebih banyak bulu babi maksudnya "mereka" lebih dominan.. 

Kalau mereka boleh bersatu kerana bangsa.. kenapa kita tidak boleh bersatu kerana agama.. Selamat mengundi.. 

Selasa, 23 April 2013

Kacau Ganggu Dalam Akta 171

Tanah Perkuburan Orang-Orang Islam Kg. Saman yang baru-baru ini mencetus konflik dalaman antara JKKK, penternak kambing dan ketua kampung. Tanah perkuburan ini yang dipagar setelah mendapat peruntukan daripada kerajaan menjadi begitu universal secara tiba-tiba apabila orang luar secara mudah dikebumikan di tanah ini tanpa perlu untuk mengemukakan apa-apa yang sepatutnya untuk membolehkan pihak kepimpinan memberi kebenaran untuk tujuan tersebut. Perkara berkaitan pengurusan tanah perkuburan ini kita akan bincang dalam entry yang akan datang, kerana masih ada pihak yang menidakkan hak kepimpinan Kg. Saman untuk mengurus-tadbir tanah perkuburan ini. 

Sesuatu yang kita jarang tahu ialah adanya Akta 171 yang menjaga kepentingan penduduk kampung dalam konteks masyarakat kita di Tuaran yang rata-rata tinggal di kampung. Secara kasar, memelihara kambing atau itik atau mana-mana binatang yang sama waktu dengannya adalah kelihatan tidak terlalu menjejaskan suasana kampung, tapi sebenarnya dari segi kebersihan ianya tersangat-sangat berpotensi memberi kesan kepada kebersihan kawasan kampung, dengan najis-najis yang tidak mudah reput, ianya boleh saja mengganggu ketenteraman penduduk dalam sebuah kawasan kampung. 

Di Kg. Saman, aktiviti menternak kambing tidaklah menjadi terlalu kompleks pada mulanya sehinggalah aktiviti ini dilihat mula memberi kesan kepada kebersihan tempat-tempat awam seperti tanah perkuburan yang juga sentiasa dikunjungi oleh orang-orang luar. Kita menerima laporan daripada pengunjung yang menegur pengurusan berkenaan hal itu. Dan kita akui bahawa memang terdapat najis-najis binatang tersebut dalam kawasan tanah perkuburan terutama di dalam pondok yang disediakan. 

Atas sebab itu, dalam beberapa mesyuarat JKKK yang diadakan, pengerusi bersama ahli bersepakat untuk bukan hanya tidak membenarkan binatang-binatang ternakan seperti kambing untuk berada dalam kawasan tanah perkuburan malah untuk menghalang mana-mana individu yang menjadikan pondok kubur sebagai  tempat melepak dan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat pada waktu malam. Untuk tujuan tersebut, pintu utama tanah perkuburan dikunci dan tiga (3) anak kunci telah dipersetujui diamanahkan kepada Ketua Kampung, Timbalan Pengerusi JKKK dan Pengerusi JKKK.

Sepatutnya keputusan mesyuarat JKKK ini memberi impak yang positif untuk beberapa perkara antaranya, mengawal kemasukan orang luar / asing untuk dikebumikan dalam kawasan tanah perkuburan Kg. Saman, memelihara kebersihan kawasan tanah perkuburan daripada najis-najis binatang seperti kambing dan memastikan tiada tempat untuk anak-anak muda menjalankan aktiviti yang tidak sihat dalam pondok kubur. Alhamdulillah.. secara perlahan-perlahan kita sudah hampir mencapai tiga (3) perkara tersebut, apabila tidak ada lagi aktiviti sosial yang tidak sihat berlaku dalam kawasan tanah perkubura seperti dulu di mana pondok kubur sentiasa menjadi "port" untuk mat-mat gian menghisap gam dan sebagainya. 

Konflik berkenaan kunci pagar tanah perkuburan ini timbul apabila ada pihak yang mengambil ringan masalah najis kambing dalam kawasan perkuburan. Walhal sepatutnya kalau tidak dalam kawasan tanah perkuburan pun, dalam kawasan kampung sahaja sudah tidak dibenarkan binatang-binatang ini bebas berleluasa, kerana ia dilihat boleh mencipta "kacau ganggu" untuk masyarakat lain. Istilah "kacau ganggu" digunakan dalam Akta 171 Akta Kerajaan Tempatan 1976 dalam seksyen 80-82 yang menerangkan bagaimana pihak berkuasa boleh mengambil tindakan sekiranya berlaku sebarang "kacau ganggu" dalam satu kawasan penduduk. Dan jelas dinyatakan dalam seksyen 81 Akta 171, 81. 

"Bagi maksud Akta ini, tindakan boleh diambil secara terus di bawah Akta ini atas perkara yang berikut:

(a) mana-mana premis atau mana-mana bahagiannya dari sesuatu binaan atau dalam sesuatu keadaan yang boleh menjadi suatu kacau ganggu;

(b) apa-apa binatang yang disimpan dalam sesuatu tempat atau dengan sesuatu cara atau dengan sebegitu besar bilangannya hingga menjadi suatu kacau ganggu; 
..................
.................."

Kesimpulannya, kita punya kuasa untuk mengenakan tindakan seperti yang diperuntukan undang-undang tapi kita masih punya rasa toleransi dan hormat menghormati yang sangat tinggi kepada sesama penduduk kampung, kerana yang paling penting untuk menjamin keharmonian hidup sesama penduduk ialah sedaya upaya mengekalkan perpaduan dan meminimumkan kesalahfahaman sesama penduduk. Sehingga pada satu tahap, bila keputusan-keputusan mesyuarat tidak diendahkan dan kita mula dicabar dengan perilaku-perilaku yang tidak sepatutnya, maka kita juga tidak akan teragak-agak untuk mengheret kebatilan ke muka pengadilan. 

Sabtu, 13 April 2013

Tulus Menulus Yang Merugikan Kerajaan Dan Masyarakat

Alhamdulillah... Dengan pelbagai kekangan dan halangan dari dalam dan luar yang tidak pernah langsung diketahui oleh orang lain, masih lagi saya bersama anggota-anggota kepimpinan kampung tetap teguh selama bertahun-tahun untuk terus menerus sedaya upaya mengubah panorama fizikal masyarakat dan seterusnya mencapai impian untuk menjadi satu komuniti yang boleh dibanggakan pada satu masa nanti. Saya masih berkira-kira untuk bermula dari mana untuk merungkai konspirasi "dajal kecil" yang menangguh perkembangan Kampung Saman. Inshaa Allah.. akan saya kongsikan satu persatu dengan harapan menjadi pengajaran kepada kepimpinan dan masyarakat lain.

Sebelum ini saya tertanya-tanya dan tercari-cari apa masalah sebenarnya sehinggakan pembangunan fizikal terasa terlalu sukar untuk bertapak di Kampung Saman. Kita tidak rasa yang kita menyokong pembangkang malah terus-terusan mengagung-agungkan kerajaan walaupun seringkali para pendokong harapan kerajaan kepada rakyat di kampung-kampung dan jabatan-jabatan dilihat sudah tidak relevan untuk menjadi peneraju kepada masyarakat yang semakin hari semakin meluat dengan pelbagai karenah mereka yang berjuang demi kepentingan diri dan  keluarga.

Satu sindrom yang hanya menguntungkan satu belah pihak ialah "tulus-menulus". Berkali-kali kita bangkitkan isu "tulus menulus" yang dilihat sudah terlalu sinonim dengan kita. "Tulus menulus" itu sebenarnya amat baik untuk ahli-ahli kita yang setia, bukan untuk mereka yang tidak jelas pendirian mereka sama ada bersama-sama kerajaan atau pembangkang. Setiap tahun malah setiap PRU, muka-muka itu saja yang "ditulus-tulus", padahal belum pun terbukti mereka ini mampu berdiri sendiri untuk mengancam parti kerajaan. Adakah UMNO yang sudah cukup banyak mengharungi cabaran selama ini hanya tunduk mengalah dan memenuhi apa yang mereka hajatkan?

Kita sedia maklum, bahawa kita kalau boleh, segala hal mahu diperhalusi secara lembut dan halus. Konon-konon tidak mahu kecoh-kecoh, ibarat menarik benang dalam tepung, benang tidak putus dan tepung tidak berterabur. Tetapi akhirnya mereka itu juga yang membebankan kita dan rakyat. Apakah kita tidak boleh berdepan secara terus dengan mereka-mereka ini apabila mereka berpihak dengan pembangkang ? Berilah peluang pada mereka untuk berjuang mengikut acuan mereka sendiri tanpa perlu "ditulus-tulus". Kalau ditulus sekali sahaja tidak apa la. Tapi kalau sudah berkali-kali setiap tahun dan setiap pilihanraya, kita yang setia dengan BN selama ini akan rasa pelik, penting sangatkah orang-orang yang ditulus ini sedangkan mereka hanya membawa senarai nama penduduk kepada YB yang kononnya memihak kepada mereka sedangkan nama-nama itu hanya disenarai tanpa pengetahuan penama sebenar. Kita mahu risau apa dengan tu senarai? Itu yang saya pelik.

Perjuangan yang haq tidak mungkin takut untuk berdepan dengan perjuangan yang batil. Sebab itu, dalam Islam sebenarnya tidak ada istilah "diluah mati emak, ditelan mati bapa", kerana yang haq tetap haq, dan yang batil tetap batil. Tiada kompromi untuk "tulus menulus". Kita cuma ada kesempatan untuk duduk semeja berbincang percanggahan pendapat bukan kesempatan untuk ditulus dan menulus. 

Masa Lalu Yang Mengerikan : PRU12

Alhamdulillah.. pada 05 Mei 2013 yang akan datang, kita sekali lagi berhadapan dengan PRU buat kali ke-13. Ada yang menganggap PRU kali ini merupakan ibu segala PRU, sama ada bagi pihak kerajaan mahupun pembangkang, kedua pihak mengakui PRU13 merupakan penentu survival politik parti masing-masing. Seperti kebiasaan setiap PRU sebelum ini, jentera setiap parti masing-masing sibuk bersiap sedia untuk berhadapan dengan parti lawan selama lebih 10 hari selepas penamaan calon pada 20 April 2013 nanti. 

Bersama-sama barisan pemuda di UMNO Cawangan Kg. Saman, sekali sekala kita berkongsi cerita dan pengalaman-pengalaman PRU yang lampau. PRU12 yang menjadi hangat di kalangan pemuda cawangan saya, apabila mereka mengadu hanya dibayar elaun bertugas di bahagian poster sebanyak hanya RM50.00 untuk sepuluh (10) hari selama berkempen. Sedangkan di kawasan daerah mengundi yang lain ada yang dibayar RM30.00 untuk satu hari bertugas. Saya yang pada ketika itu masih belum tamat pengajian dan masih belum layak untuk mengundi tergamam kerana tidak tahu menahu apa yang berlaku dan hanya mampu mendiamkan diri dan seperti biasa memberitahu mereka bahawa parti kerajaan sudah cukup bersedia untuk berdepan PRU tetapi sekali lagi masalah utama antara kerajaan dan rakyat ialah orang-orang perantaraan yang dipertanggungjawab. 

Bagaimana untuk kita yakinkan anak muda masa kini untuk terus beri kerjasama dengan barisan kepimpinan kita di peringkat daerah mengundi jika sekiranya orang-orang perantara terus menerus memikirkan kepentinggan diri tanpa bertindak seperti seorang pemimpin tapi lebih selesa bertindak sebagai seorang penyamun menyamun hak-hak orang lain? Sebab itu saya komited menyatakan bahawa masalah dalam parti kerajaan atau kerajaan yang memerintah ialah perantara antara kerajaan dan rakyat. Dari segala aspek pun, yang menjadi masalah ialah diperingkat pertengahan yang dikawal selia oleh mereka ini. Mungkin tidak semua tapi terlalu banyak yang menjurus kepada kemungkinan itu. 

Dan hari ini saya maklumkan kepada mereka, sekiranya punya masa dan mahu bertugas di bilik gerakan PDM Berungis, silakanlah datang untuk membantu jentera. Mudah-mudahan mereka sudah lupa dengan apa yang berlaku 4 tahun lepas yang saya anggap satu penipuan yang tidak bertanggungjawab daripada mereka yang dipertanggungjawabkan. Saat ini bukanlah untuk menuding jari itu dan ini tapi sebenarnya lebih untuk memuhasabah diri, jangan sampai pisang akan berbuah dua kali.

Satu lagi persoalan kenapa agaknya Kg. Saman seolah-olah dianaktirikan dan terasa terlalu sukar untuk segala pembangunan fizikal bertapak di Kg. Saman. Adakah kerana majoriti penduduk Kg. Saman adalah penyokong pembangkang ? Atau barangkali ada sesuatu yang lebih ekstrim yang tidak pernah terfikir oleh kita yang berlaku kepada sebuah kampung yang punya satu gerak usaha yang tidak langsung dipunyai oleh kampung-kampung lain di Tuaran khususnya di kawasan Sulaman. Kita akan bongkar satu persatu dalam entri-entri seterusnya sebagai pengajaran kepada kampung-kampung yang lain kerana sebenarnya masa depan sesuatu kampung adalah sangat bergantung kepada ketulusan individu atau kumpulan individu tertentu untuk membantu, Inshaa Allah.. selagi ianya betul dan bukan untuk kepentingan peribadi... selagi itu kita akan pertahankan kebenaran yang kita patut punya hak yang sama dengan atau lebih daripada kampung-kampung lain yang mana pemimpinnya tidak langsung boleh menyaingi apa yang kita sudah lakukan. Itu sudah terbukti kerana saya bergelumang dengan kerja-kerja memperkasakan kampung ini bukan baru sehari dua malah bertahun-tahun, tapi ianya tetap sama dengan pelbagai kekangan dan halangan yang nyata. =)) 

Khamis, 4 April 2013

Bangunan Kemudahan Penting

Masalah utama di dalam menguruskan Kg. Saman ialah tiada satu bangunan kemudahan yang betul-betul boleh dijadikan kemudahan utama untuk penduduk sekurang-kurangnya berkumpul dan berbincang permasalahan-permasalahan semasa dan seterusnya berpotensi untuk sesuatu yang lebih baik, meskipun telah wujud selama enam (6) tahun sejak 2007. 

Semasa mesyuarat pertama Jawatankuasa KRT Sinar Saman, saya juga memaklumkan perkara ini kepada barisan jawatankuasa yang majoriti lebih dulu makan garam daripada saya. Saya melihat perkara ini tersangat-sangat serius kerana kita tidak mampu lagi untuk terus menanti dan dijanjikan itu dan ini, begitu dan begini, sekian dan sekian, kerana jika dibiarkan tanpa ada satu tindakan yang lebih aggresif ianya akan menjadi dinding tebal yang menghalang pembangunan minda dan fizikal masyarakat kampung. 

Bangunan kemudahan memang tersangat penting dalam satu-satu komuniti. Selain untuk tujuan yang biasa kita tahu, ianya juga boleh menyatupadukan penduduk secara tidak langsung. Setiap masyarakat akan terasa seakan ada sesuatu yang dipertahankan sekiranya wujud bangunan kemudahan yang menjadi simbol kesamaan masyarakat kampung. Entah apa yang menghalang untuk satu bangunan kemudahan diwujudkan di Kampung Saman, Tuaran. Kita sudah memohon melalui pelbagai saluran KEMAS, JHEAINS, PEJABAT DAERAH, melalui pelbagai cara dan pelbagai kertas kerja tetapi masih tetap sama, tiada respon yang memberangsangkan daripada pihak-pihak yang dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan Barisan Nasional, yang seterusnya merencatkan pembangunan bangsa kita sendiri.

...bersambung kemudian di posting akan datang...

Sabtu, 23 Mac 2013

Pecah Monopoli Kuasa "Pakatan Parasit"

"Pakatan Parasit" sengaja saya namakan golongan ini sebagai "Pakatan Parasit" kerana memang kerja sang parasit ialah menumpang dan merosakkan tanpa perlu buat apa-apa. Saya hidup dalam masyarakat yang mungkin tidak keterlaluan kalau saya kata masyarakat yang berminda "primitif" jika dilihat secara pembangunan fizikal, sebagai hasil yang ditanam oleh pemimpin-pemimpin akar umbi sejak dulu. Bukan kerana dasar kerajaan pusat terhadap rakyat yang menjadi masalah, tetapi sikap pemimpin-pemimpin kepercayaan yang menjadi perantara antara kerajaan dan rakyat yang menjadi liabiliti kepada kerajaan Barisan Nasional sehingga sekarang. Mereka inilah yang merosakkan reputasi parti di mata masyarakat dengan berbagai gaya yang membuatkan masyarakat tersangat jauh daripada pelbagai kemudahan dan perkhidmatan-perkhidmatan yang kerajaan lancarkan. Sehingga ke satu tahap kita seolah-olah hanya dihidangkan dengan khabar-khabar baik daripada kerajaan pusat tentang itu dan ini, peluang itu dan peluang ini tapi tidak satu pun yang sampai kepada kita. 

Sebagai contoh, NKRA Pembangunan Luar Bandar, kita tahu terdapat berbillion-billion peruntukan kerajaan beri untuk pembangunan luar bandar melalui kaca TV, dan kita tahu kita berada di luar bandar (kalau ada yang mengaku tinggal di Tuaran adalah dalam bandar, bagus belek buku lagi atau sembang kubur ja lepas ni, jangan lagi sembang politik, hehe)..itu semua kita tahu..yang kita tidak tahu, peruntukan-peruntukan itu mana perginya tatkala kita masih terus menanti dewan serbaguna selama bertahun-tahun untuk dijadikan pusat pentadbiran kampung dan masih juga terus dijanjikan berbulan-bulan dengan Sekolah Tabika KEMAS yang kita sendiri pun tidak tahu apa sudah perkembangannya. Apakah sedikit daripada peruntukan berbillion itu tidak langsung sampai kepada kita yang sejak tahun 2006 sudah wujud secara rasmi sebagai sebuah kampung di daerah Tuaran? Setidak-tidaknya bantulah untuk mengwujudkan sebuah surau untuk penduduk kampung. Itu pun jadilah. Tapi rasanya masih terpaksa menunggu giliran sehingga ke hari ini. =)) 

Secara total, satu masalah paling besar dalam kerajaan ialah tiada rasa tanggungjawab terhadap masyarakat dalam diri kakitangan awam yang menjadikan mereka terlalu egois dan tidak langsung memikirkan kehidupan orang lain yang sebangsa dan seagama, yang sepatutnya dalam tanggungjawab mereka. Mereka lebih gemar memikirkan soal-soal peribadi dan mengumpul kekayaan sendiri dengan pelbagai cara sehingga sanggup buat apa saja. Golongan sebeginilah yang menjadi beban dalam kerajaan Barisan Nasional, mereka tidak punya rasa tanggungjawab untuk berbuat yang terbaik kepada masyarakat kerana mereka anggap mereka tidak langsung terlibat dalam politik. Sayangnya mereka lupa, segala perilaku mereka adalah cermin rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional.

Bukanlah hasrat tulisan ini untuk menjahanamkan parti tetapi ianya lebih untuk menyelamatkan parti. Renunglah sejenak, sampai bila kita mahu dipimpin oleh golongan parasit ini yang hanya menjadi "liabiliti tetap dan berpencen" dalam parti kerajaan. Jika masih "Pakatan Parasit" ini yang menerajui kepimpinan di peringkat akar umbi selepas PRU13, percayalah, ianya tidak akan mengubah apa kepada masyarakat, kerana minda "Pakatan Parasit" ini hanya terkurung untuk memajukan keluarga dan kroni mereka sahaja. 

Khamis, 7 Mac 2013

Sila Baca Jika Ingin Tahu Apa Berlaku Selepas PRU 2013


Saya mulai hari ini akan memaparkan bukti bukti bagaimana campurtangan asing akan mula menghulukan  tangan mereka di negara ini iaitu Malaysia. Bermula dengan post saya “Top Secret 2013” yang saya ambil dari Wachers Group  melalui sahabat saya AfterDark ,  saya telah banyak mengemukakan post  untuk memberikan fakta fakta yang sebenarnya apa yang sedang berlaku di Malaysia.

Melalui post saya sebelum ini saya memaparkan kajian pakar Wacher Group dalam menilai  setiap angka  yang digunakan oleh  pakatan Pembangkang dalam demontrasi bermula dari  1-hingga 4- dan akan ada   demo yang lebih besar akan berlaku pada 2013. Seterusnya menjadikan Malaysia Zon perang saudara yang cukup hebat dimasa campurtangan asing akan berlaku  sebagaimana yang dicitakan oleh Anuwar Ibrahjim yang dinamakan Revolusi. Ianya bukan sekadar politik semata mata malahan ianya merupakan satu penjajahan dan meruntuhkan dunia Islam yang mana selama ini diperhatikan oleh Singfapura dimana muncung senjata Israel disana sentiasa menghala ke negara ini Malaysia.

PRU 13 yang akan berlangsung pada tahun 2012 akan menyaksikan satu lakaran sejarah buat Tanah Melayu. Semenjak Pakatan memerintah beberapa buah negeri, kebelakangan ini sudah ada banyak tanda-tanda yang membuktikan orang  melayu sudah banyak memihak pada pemerintah. Banyak tertubuhnya pertubuhan-pertubuhan yang memperjuangkan nasib orang Islam dan Melayu, mereka bukan dari UMNO, tapi orang-orang yang telah sedar siapa sebenar Anwar dan agenda-agendanya yang tersembunyi yang berselindung di sebalik tudung2 bini dan anak-anaknya.

Jangkaan PRU13 ini BN akan menang besar begitu juga DAP. PAS mungkin masih lagi dapat bertahan, mungkin tidak lagi dapat menawan Kelantan dan DAP akan memang semua kerusi yang dipertandingkan di kawasan majoriti orang cina. Orang-orang cina sudah bersepakatan dan bersatu untuk menyokong DAP kerana LKY memberikan harapan agar Malaysia dan Singapore dapat digabungkan dan kerajaan mereka yang akan memerintah, memangdangkan mereka mempunyai kekuasaan ekonomi di kedua-dua negara dan mereka menjangkakan sekirannya digabungkan Cina Singapore dan Cina Malaysia, Mereka akan bertambah hebat dan digeruni di Asia Tenggara setaraf dengan negara-negara maju seperti Jepun, Korea dan Eropah. Rata-rata orang cina malaysia akan bersetuju…. tak palah…kalau kita berada di tempat mereka pun kita akan menyokong DAP dan PAP.

Tapi AWAS! apabila BN menang sekali lagi, akan ada lagi rusuhan yang lebih besar tuk membuktikan PRU13 ini tidak bersih. Kali ini, campurtangan US dan sekutunya akan menegangkan keadaan yang sedia ada. Orang Melayu harus BERSATU itu adalah satu cara untuk menentang zionis, kafir yang sentiasa mahukan negara-negara Islam itu jatuh ke tangan mereka. US dan sekutunya akan mencucuk Singapore supaya menggunakan kuasa ketenteraan mereka menyerang Malaysia. Selama ini Singapore maju pun disebabkan Isareal yang banyak menyuntik dana di negara Singapore.

Pasti ada sebab mengapa paksi Israel di Singapore. Tiba masanya pasti Israel akan menyerang Malaysia, tapi mereka akan bersembunyi di sebalik orang-orang cina singapore. Orang-orang cina yang bukan islam mudah dimanipulasi dan dipergunakan oleh Isareal kerana mereka tidak faham agenda sebenar orang2 yahudi. Darah mereka yang akan mengalir dahulu, mereka yang akan menjadi hamba Yahudi. Sementera puak2 Isarael zionis ini akan jadi pemerhati di belakang.

Sebelum itu, perusuh-perusuh pada kali ini akan diberikan senjata supaya polis akan bertindak lebih ganas. Serangan secara gerilla upahan akan masuk, mereka akan menggunakan senjata untuk menembak perusuh-perusuh, dan menjadikan demonstrasi berdarah…(Method yang sama yang mereka lakukan pada Mesir, Libya, Tunisia, Iraq). Pemuda-pemuda PAS taksub akan memberikan sokongan pada US dan sekutunya bagi meyerang polis dan pengawal keselamatan FRU. Mereka juga akan dibekalkan dengan senjata yang canggih.

Tidak mustahil tentera US akan melancarkan serangan udara seperti mana di Libya kerana mereka penakut untuk berlawan di daratan… Orang cina akan terus berdiam diri…(baru menyesal mengenangkan nasib mereka juga akan mejadi malang kerana mereka tidak sangka akan berakhir sebegini) Najib akan tersepit dengan pelbagai tuntutan dan pelbagai campurtangan dengan Singapore, US dan sekutunya…nasib dan masa depan orang melayu dan Islam akan bertambah malang….Admin ada terfikir sekirannya US dan sekutunya Singapore melancarkan serangan darat, agak mudah bagi tentera Malaysia membalas, tapi sekirannya udara di mana mereka akan gugurkan bom-bom uranium yang berbisa? Kuala Lumpur atau Putrajaya? Di mana ramai melayu, di situlah bom itu akan di gugurkan kerana hamba-hamba zionis ini adalah cina Singapore, pasti akan tumpu pada kawasan melayu dahulu….(renungkan sejenak)

2013 ramai orang yang menjangkakan Imam Mahdi akan muncul penyelamat umat islam di seluruh pelusuk dunia yang semakin dihimpit dengan kesengsaraan, kemaksiatan dan jauh dari jalan kebenaran….Admin merasakan 2013 adalah permulaan bagi panji hitam, bani tamim untuk muncul bagi menyelamatkan keadaan..di Tanah Melayu inilah permulaannya…. Sekarang ini pun sudah ada banyak tanda-tanda Bani Tamin, Tentera Panji Hitam itu keluar, tapi admin tidak dapat menyatakan secara spesifiknya di sini. Tapi jangan bimbang…tentera Al Mahdi akan lebih hebat, sekirannya ada gunung yang menghalang, gunung itu pun akan hancur dengan kekuatan mereka. Jin Islam akan turut serta….mereka tidak ramai, tapi kehadiran meraka akan dirasai pada mereka yang punyai secebis iman di dada. Mereka yang kuat iman dan kepercayaannya akan turut serta bersama tentera panji hitam. Jangan sesekali kita takut untuk berjuang bersama, kerana orang-orang kafir dan yahudi adalah penakut dan berselindung di sebalik senjata-senjata mereka yang canggih.

Sekali lagi saya menyeru, bersatulah wahai Bangsa Mim, kamulah Bani Tamim….tentera yang bakal membebaskan Baitulmuqaddis, membebaskan orang-orang Islam yang sedang disiksa, dihina yang disesatkan oleh Zionis musuh Allah….

Sumber :
http://rmf7.wordpress.com/2012/11/03/sila-baca-jika-ingin-tahu-apa-bakal-berlaku-selepas-pru13-berdasarkan-bukti-dan-kajian/

Sabtu, 23 Februari 2013

Ragam Sang Parasit

Assalamualaikum Waramatullahi Wabarakatuh..

Dengan nama Allah SWT yang maha pengasih lagi maha penyayang..

Mohon izin untuk saya merasmikan blog ini dengan sedikit celoteh ringkas agar arah penulisan selepas ini sentiasa di landasan yang sepatutnya tanpa ada rasa prejudis dan kesalahtafsiran yang melampau-lampau.

Selama lebih sepuluh (10) tahun bergelumang suka dan duka politik kampungan sejak di bangku sekolah, dengan harapan melihat generasi masa depan akan sekurang-kurangnya menjadi lebih baik walaupun sekadar dalam satu kerangka sosial yang terhad, hanya satu (1) yang terlintas dalam fikiran iaitu bagaimana begitu tebal rasa kekitaan dalam keluarga masing-masing menghalang untuk kita membentuk keharmonian dalam satu-satu masyarakat. Masyarakat menjadi semakin berkabilah. Membelakangi hukum-hukum Tuhan tanpa segan silu, tanpa ada lagi rasa sebagai seorang hamba kepadaNya. Sesuatu yang perlu diatasi terlebih dahulu jika mahu kita terus hidup dalam sifat keharmonian yang tinggi.

Menjana pelbagai jentera-jentera yang memproses asas kemajuan dan pembangunan masyarakat dari semasa ke semasa menjadikan dunia terasa sangat seronok, lebih-lebih lagi ada ruang-ruang yang dulu kita rasakan terlalu luas , alhamdulillah kini semakin mengecil. Masyarakat menjadi semakin ambil berat antara satu sama lain, dan bangga dengan tempat di mana mereka berada sekarang. Itulah sepatutnya apa yang kita perlu tuju.

Keadaan ini sedaya upaya dipertahankan sehingga ke hari ini, walau terkadang rasa lelah itu sering menimbulkan rasa sesal dalam diri bila semua yang kita rancang dengan rapi selama bertahun-tahun digagalkan oleh mereka yang punya kuasa pinjaman dalam masa seminggu dua. Bukanlah terlalu gemar untuk menuding jari tetapi hakikatnya kita sudah sedaya upaya menakhoda masyarakat dengan sedikit kelebihan kurniaan Tuhan, tinggal saja ada beberapa perkara yang tidak jelas yang kadang-kadang terasa seakan kemajuan untuk kita disekat-sekat sehingga terlalu banyak masa yang berlalu tanpa ada apa-apa kemajuan fizikal iaitu sesuatu yang berada di luar kawalan kita secara total.

Bila tiba pada peringkat yang bukan kawalan kita, di situ lah para parasit bergerak untuk menghukum kita dan masyarakat tanpa sedar. Kepentingan sesama masyarakat tidak lagi menjadi keutamaan, yang utama bagi mereka ialah poket sendiri, ini terbukti dengan pelbagai projek yang dilaksanakan dengan nyata tidak seperti yang diharapkan. Ini lah golongan parasit yang kononya tidak berkepentingan dalam politik yang sepatutnya dibersihkan terlebih dahulu di dalam badan-badan kerajaan sejak dari dulu, bukan untuk disanjung-sanjung.

Kita rasa jelik, bila ada yang nyata menyelewengkan kepentingan masyarakat terus-menerus mampu tersenyum seakan-akan punya perisai sendiri yang meletakkan mereka kebal dari sebarang jenis hukuman. Kita pula yang terkial-kial apa sebenarnya yang berlaku? Kenapa susah sangat bagi kita untuk ketuk kepala golongan-golongan yang menyempitkan hak masyarakat kita? Sedangkan itulah nanah yang semakin membusuk secara senyap merosakkan organisasi dalam mana-mana peringkat sekalipun.

Bermula dengan keyakinan bahawa impak daripada kaedah bagaimana jabatan-jabatan merealisasikan harapan kerajaan terhadap masyarakat hari ini adalah begitu besar terhadap survival parti politik kerajaan khususnya UMNO, saya rasa tidak menjadi satu kesalahan untuk terus memperkatakan apa yang sebenarnya berlaku dalam kerajaan berdasarkan pengalaman sendiri yang tidak seberapa. Kerana biarpun Barisan Nasional masih berkuasa sebagai kerajaan kemungkinan adalah tinggi untuk perkara yang sama tetap berlaku pada masa akan datang seperti apa yang berlaku pada hari ini dalam masyarakat kita, jika kita tidak berani langsung untuk menjentik telinga mereka walau sedikit.

Keutamaan kita masyarakat kita , bukan kepentingan politik semata-mata... Tq