Halaman

Ahad, 5 Mei 2013

Pilih Yang Paling Kurang Mudarat

Assalamualaikum Waramatullahi Wabarakatuh..

Penat lelah selama empat (4) tahun untuk cuba menyakinkan rakyat bahawa Barisan Nasional akan tetap relevan untuk menjadi peneraju negara akan terjawab malam esok. Barisan Nasional yang menjadi "haru biru" dengan orang-orang kepercayaan sendiri yang sebelum ini gagal untuk menjalankan tanggungjawab sepatutnya, mula membuktikan kepada rakyat bahawa parti itu masih tetap yang terbaik untuk menjadi kerajaan.

Harapan semoga Barisan Nasional akan menjadi lebih baik daripada yang lepas-lepas, sekiranya diberi mandat dan kesempatan menjadi kerajaan. Yang teramat penting sebenarnya bukanlah perjuangan parti, tetapi keadaan generasi akan datang termasuk anak-anak kita yang kita mahu lebih terjamin dan terkawal daripada terhindar dengan pelbagai ancaman luar dan dalam. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan untuk menjamin masa depan yang lebih cerah untuk anak-anak kita. Bukan sekadar menentukan siapa yang layak jadi kerajaan tetapi yang paling perlu ialah bagaimana keadaan kita di masa akan datang. 

Bagi yang jelas dengan impak yang akan kita dapat ianya amat mengharukan. Bila kita bercakaran antara satu sama lain, sedangkan "mereka itu" mengambil kesempatan untuk bersatu menjatuhkan kita dalam diam. Jangan fikir tentang bangsa, cukup renungkan keadaan agama kita selepas ini kalau kita sendiri gagal mempertahankan apa yang kita percaya. Perlahan-lahan kita tenggelam dalam arus permodenan bangsa, sehingga kita lupa ada yang lebih penting, yang sepatutnya kita semat dalam hati setiap peringatan-peringatan Allah SWT dan Nabi. 

Kepada para pejuang kebenaran, semoga tidak akan mudah berputus asa dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hakikatnya jalan kebenaran memang akan penuh dengan pelbagai dugaan dan cabaran, apakah tidka cukup banyak lagi peringatan dan contoh yang kita ada sejak Islam mula bertapak di muka bumi. Bagi saya syarat untuk perjuangan ikhlas ialah berbuat sesuatu bukan untuk kebahagiaan diri sendiri.

Inshaa Allah.. satu undi dari saya untuk BN masing-masing di parlimen P170 Tuaran dan N10 Sulaman, kerana saya masih percaya BN masih parti yang boleh diharap untuk menjadi peneraju kerajaan dan paling kurang mudarat. Bagi yang masih di atas pagar dan tidak tahu untuk memilih parti mana untuk dipilih kerana mungkin bagi mereka, kedua-dua parti utama sama bengong, cuba renung kata-kata Ustaz Kazim, "kalau karpet baru itu semuanya Islam, saya pun akan turut serta..tapi kalau karpet baru itu lebih banyak bulu khinzir.. macamana nak buat?" ~ lebih banyak bulu babi maksudnya "mereka" lebih dominan.. 

Kalau mereka boleh bersatu kerana bangsa.. kenapa kita tidak boleh bersatu kerana agama.. Selamat mengundi.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.