Alhamdulillah.. Tahniah kepada jentera BN di seluruh Malaysia. Sekali lagi rakyat Malaysia memberi mandat kepada BN untuk menjadi kerajaan. Walau apa pun tuduhan dan tohmahan yang ditujukan kepada BN dan SPR selepas PRU13, yang pasti BN masih tetap menjadi kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat secara sah melalui PRU13.
Secara keseluruhan, biarpun PR dilihat bukan sebagai pemenang, yang pasti DAP tetap mampu tersenyum sebagai pemenang dengan pertambahan 10 kerusi lagi di parlimen Malaysia menjadikan mereka parti paling berkuasa di pihak pembangkang dalam Parlimen Malaysia untuk penggal seterusnya. Liciknya permainan kaum "ca ya nun alif" ini dalam mempergunakan isu-isu yang telah memecahbelahkan Melayu dan Islam. Tanpa sedar puak-puak ini menjadikan Melayu PR dan PAS sebagai umpan untuk mendapat habuan. Tuhan memperlihatkannya kepada kita pada PRU13. Mudah-mudahan selepas ini akan wujud rasa kesatuan yang tinggi antara kita.
Alhamdulillah sekali lagi. Dengan majoriti lebih 10 ribu mengatasi calon PKR di Tuaran, saya mengharapkan "kabinet Tuaran" selepas ini akan menjadi lebih baik daripada penggal yang lalu. Satu kumpulan yang berdaya saing dan punya asimilasi rasa yang tinggi bersama rakyat Tuaran perlu diwujudkan. Kumpulan yang punya kemampuan untuk menyentuh dan menganalisa persepsi dan perasaan rakyat setiap masa tersangat penting untuk dibentuk selama 4-5 tahun akan datang. BN perlu dilihat sebagai faktor yang paling berpengaruh dalam mencorak masa depan Tuaran yang berlatarbelakangkan masyarakat luar bandar secara amnya. Maka sebab itu segala kelebihan yang berkaitan perlu diperinci sebaiknya dari mula dan bukan dengan mengadakan sesuatu yang baru untuk diterima rakyat. Kita punya banyak potensi yang dihiraukan tanpa ada banyak tindakan yang dilakukan. Akibatnya, masyarakat kita bakal mengunjur ke arah yang bertentangan daripada yang sepatutnya.
Semoga ada sinar yang baik untuk bumi Tuaran khususnya selepas PRU13. Syabas dan tahniah pada semua yang sentiasa bersama BN walaupun kadang-kadang terdapat perilaku-perilaku melampau daripada orang-orang perantara BN yang buat anda tersinggung dan sebagainya, tapi percayalah, BN tetap terbaik untuk masa depan bangsa.
Bersamalah dengan BN untuk memberi BN lebih banyak pilihan "mesin peneraju" yang lebih baik. Terima kasih..
Bersamalah dengan BN untuk memberi BN lebih banyak pilihan "mesin peneraju" yang lebih baik. Terima kasih..