Halaman

Sabtu, 28 September 2013

Isu Mengaibkan JHEAINS Tuaran

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

........"Saya cadangkan supaya JHEAINS Tuaran mengadakan mesyuarat pengurusan dengan segera sebelum bangsa dan agama Islam jahanam di Tuaran...Renung-renungkan dan selamat beramal"......

Di atas merupakan kenyataan saya dalam Bilik Perang - Tuaran yang saya terbitkan pada 17 September 2013 sekitar jam 10.00 pagi, yang mencetuskan rasa tidak puas hati pihak JHEAINS Tuaran, sehingga ingin membuat laporan polis dengan tuduhan mengaibkan dan menghina jabatan. Sehubungan itu, saya diminta hadir ke pejabat JHEAINS Tuaran oleh Puan Siti Haryati. Saya sampai ke pejabat JHEAINS sekitar jam 9.00 pagi, dan bertemu empat mata dengan beliau. Saya terus saja mengaku bahawa kenyataan tersebut tidak sepatutnya saya terbitkan kepada umum seperti dalam Bilik Perang - Tuaran, dan memohon maaf kepada pihak JHEAINS Tuaran melalui beliau. Dan seterusnya saya terbitkan kenyataan maaf tersebut serta merta dalam Bilik Perang - Tuaran sepertimana yang dikehendaki oleh beliau seperti berikut :

........."Assalamualaikum waramatullahi wabarakatuh... Tahniah dan syabas kepada JHEAINS Tuaran atas kesungguhan mengurus hal ehwal agama Islam di Tuaran khususnya.. Baru sebentar tadi saya bertemu dengan Kak Siti Hairyani , Pegawai JHEAINS Tuaran berkenaan statement saya semalam yang memang saya mengaku statement yang mengaibkan JHEAINS Tuaran keseluruhannya. Alhamdulillah.. hikmah daripada statement yang mengaibkan itu, secara tidak langsung membuka kesempatan untuk saya khususnya mewakili warga Kg. Saman terus berhubung baik dengan pihak JHEAINS Tuaran selepas ini.. Alhamdulillah.. dengan ikhlas saya mohon maaf secara terbuka kepada seluruh warga JHEAINS Tuaran dan mengaku ianya adalah kesilapan saya sendiri selaku admin Bilik Perang - Tuaran. Terima kasih."..............

Alhamdulillah... 

Mungkin masih ada yang tidak jelas kenapa saya mengeluarkan kenyataan yang mengaibkan JHEAINS Tuaran seperti itu. Sebenarnya, ianya adalah berkenaan permohonan surau di Kampung Saman, Tuaran yang telah dipohon sejak tahun 2007 yang sekian lama tidak diambil peduli, sehinggalah kita di pihak JKKK mendapat nasihat daripada salah seorang pegawai JHEAINS untuk mengemukakan permohonan tersebut secara terus  kepada pihak JHEAINS Negeri, dan alhamdulillah pihak JHEAINS Negeri memberikan respon yang sangat baik, dan kita tidak ada masalah untuk berhubung baik dengan mana pihak JHEAINS sama ada di peringkat negeri atau daerah, berkenaan permohonan surau tersebut. 

Apabila permohonan yang lengkap dengan salinan kertas kerja (seperti yang dihantar kepada JHEAINS Tuaran pada 2007) dihantar kepada pihak JHEAINS Negeri, permohonan tersebut dirujuk semula ke JHEAINS Tuaran, dan seterusnya pihak JHEAINS Tuaran meminta semula salinan permohonan daripada pihak JKKK melalui pengerusi. Perkara ini lah yang menjadi punca saya selaku setiausaha JKKK, menerbitkan kenyataan yang mengaibkan seperti di atas, untuk meluahkan perasaan tidak puas hati dengan pengurusan pihak JHEAINS Tuaran, yang mengabaikan permohonan sebelum ini tanpa sebarang respon. Saya cuma memprotes, bagaimana boleh satu jabatan yang menguruskan hal ehwal Islam di daerah Tuaran boleh tercicir dokumen-dokumen penting seperti permohonan tersebut yang lengkap dengan kertas kerja dan surat-surat kebenaran penggunaan tanah kampung.

Alhamdulillah sehingga ke hari ini selepas beberapa tahun kita mendapat perhatian daripada pihak JHEAINS berkenaan permohonan penubuhan surau tersebut dan inshaaAllah, dengan niat yang baik dan semata-mata untuk kepentingan masyarakat kampung dan sekitar, semoga segalanya akan dipermudahkan oleh Allah SWT. Alhamdulillah...