"Pakatan Parasit" sengaja saya namakan golongan ini sebagai "Pakatan Parasit" kerana memang kerja sang parasit ialah menumpang dan merosakkan tanpa perlu buat apa-apa. Saya hidup dalam masyarakat yang mungkin tidak keterlaluan kalau saya kata masyarakat yang berminda "primitif" jika dilihat secara pembangunan fizikal, sebagai hasil yang ditanam oleh pemimpin-pemimpin akar umbi sejak dulu. Bukan kerana dasar kerajaan pusat terhadap rakyat yang menjadi masalah, tetapi sikap pemimpin-pemimpin kepercayaan yang menjadi perantara antara kerajaan dan rakyat yang menjadi liabiliti kepada kerajaan Barisan Nasional sehingga sekarang. Mereka inilah yang merosakkan reputasi parti di mata masyarakat dengan berbagai gaya yang membuatkan masyarakat tersangat jauh daripada pelbagai kemudahan dan perkhidmatan-perkhidmatan yang kerajaan lancarkan. Sehingga ke satu tahap kita seolah-olah hanya dihidangkan dengan khabar-khabar baik daripada kerajaan pusat tentang itu dan ini, peluang itu dan peluang ini tapi tidak satu pun yang sampai kepada kita.
Sebagai contoh, NKRA Pembangunan Luar Bandar, kita tahu terdapat berbillion-billion peruntukan kerajaan beri untuk pembangunan luar bandar melalui kaca TV, dan kita tahu kita berada di luar bandar (kalau ada yang mengaku tinggal di Tuaran adalah dalam bandar, bagus belek buku lagi atau sembang kubur ja lepas ni, jangan lagi sembang politik, hehe)..itu semua kita tahu..yang kita tidak tahu, peruntukan-peruntukan itu mana perginya tatkala kita masih terus menanti dewan serbaguna selama bertahun-tahun untuk dijadikan pusat pentadbiran kampung dan masih juga terus dijanjikan berbulan-bulan dengan Sekolah Tabika KEMAS yang kita sendiri pun tidak tahu apa sudah perkembangannya. Apakah sedikit daripada peruntukan berbillion itu tidak langsung sampai kepada kita yang sejak tahun 2006 sudah wujud secara rasmi sebagai sebuah kampung di daerah Tuaran? Setidak-tidaknya bantulah untuk mengwujudkan sebuah surau untuk penduduk kampung. Itu pun jadilah. Tapi rasanya masih terpaksa menunggu giliran sehingga ke hari ini. =))
Secara total, satu masalah paling besar dalam kerajaan ialah tiada rasa tanggungjawab terhadap masyarakat dalam diri kakitangan awam yang menjadikan mereka terlalu egois dan tidak langsung memikirkan kehidupan orang lain yang sebangsa dan seagama, yang sepatutnya dalam tanggungjawab mereka. Mereka lebih gemar memikirkan soal-soal peribadi dan mengumpul kekayaan sendiri dengan pelbagai cara sehingga sanggup buat apa saja. Golongan sebeginilah yang menjadi beban dalam kerajaan Barisan Nasional, mereka tidak punya rasa tanggungjawab untuk berbuat yang terbaik kepada masyarakat kerana mereka anggap mereka tidak langsung terlibat dalam politik. Sayangnya mereka lupa, segala perilaku mereka adalah cermin rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional.
Bukanlah hasrat tulisan ini untuk menjahanamkan parti tetapi ianya lebih untuk menyelamatkan parti. Renunglah sejenak, sampai bila kita mahu dipimpin oleh golongan parasit ini yang hanya menjadi "liabiliti tetap dan berpencen" dalam parti kerajaan. Jika masih "Pakatan Parasit" ini yang menerajui kepimpinan di peringkat akar umbi selepas PRU13, percayalah, ianya tidak akan mengubah apa kepada masyarakat, kerana minda "Pakatan Parasit" ini hanya terkurung untuk memajukan keluarga dan kroni mereka sahaja.
Bukanlah hasrat tulisan ini untuk menjahanamkan parti tetapi ianya lebih untuk menyelamatkan parti. Renunglah sejenak, sampai bila kita mahu dipimpin oleh golongan parasit ini yang hanya menjadi "liabiliti tetap dan berpencen" dalam parti kerajaan. Jika masih "Pakatan Parasit" ini yang menerajui kepimpinan di peringkat akar umbi selepas PRU13, percayalah, ianya tidak akan mengubah apa kepada masyarakat, kerana minda "Pakatan Parasit" ini hanya terkurung untuk memajukan keluarga dan kroni mereka sahaja.